Temanku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yg lalai dengan angan-angan,
...Ada yg tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yg tanggung natijahnya,
'Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian'.
(Surah al-Tin:4)
Sedarlah temanku,
Kita musafir didunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup didunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya
atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak disana rendah darjatnya,
'Allah akan mengangkat orang yg beriman diantaramu dan orang berilmu beberapa darjat'
(Surah al-Mujadilah:11)
Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang dan bahagia,
Ketahuilah temanku,
kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yg takutkan Tuhan,
Oleh itu,tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan,
'You the best ummah.' (Ali Imran:110)
'Sesungguhnya orang yg paling mulia disisi Allah adalah orang yg paling bertaqwa' (al-Hujurat:13)
Jelaskan visi perjalanan,
'Ya Tuhan Kami,berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami dari azab neraka' (al-Baqarah;201)
Jadikan ilmu sebagai bekalan,
'Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yg menciptakan' (al-Alaq:1-2)
Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
'Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanat kepada langit,bumi,dan gunung ganang,maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikulah amanat itu oleh manusia.Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakan.' (al-Ahzab: 72)
Ketinggian seseorang kerana iman,
'janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamu adalah orang2 yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 yg beriman.' (Ali Imran: 139)
Temanku,
kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
bakal mengangkat darjatmu disisi-Nya,
Jika kau redha,sabar dan berusaha,
Tapi kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga,
Temanku,
bangkitlah dari lenamu yg panjang,
dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
kau punya kekuatan utk bangkit semula,
dan mara kembali kencang,
mencipta taufan,
berjuanglah temanku sayang,
tanpa mengenal penat dan jemu,
biar hidup kita derita dengan usaha,
kelak kita akan dimuliakan,
jika tidak didunia,
nun disyurga.

No comments:
Post a Comment